Karikatur keluarga

December 11th, 2007

Pada hari raya apabila semua adik beradik balik ke kampung, sejak adanya teknologi digital kamera ni, ramai di antara kita selalu mengambil gambar keluarga untuk di jadikan kenangan. Dan pada kebiasaannya gambar keluarga itu akan di cetak dan di simpan di dalam album. Jadi apa kata kali ini, anda lakukan sedikit kelainan dgn gambar keluarga anda itu. Cuba karikaturkannya seperti salah seorang client kami ini….

Karikatur keluarga

Cantikkan. Jadi apa lagi jom karikatur kan gambar keluarga anda.

Karikatur Abang Bermotor kuasa besar

October 24th, 2007

Salam semua,

penat beraya pun tak habis lagi ni:-) setelah order dibuka kembali, alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. hari ni nak pos karikatur seorang customer yang berpuas hati dengan kualiti karikatur kami.

karikatur

Cik/ puan Rafidah dari Sony Malaysia

Assalamualaikum…
Terima kasih atas karikatur yang disiapkan dalam masa yg singkat (ingat minggu depan baru dapat).
Gambarnya cantik dan saya amat berpuas hati…insyaAllah, saya akan menempah lagi.

Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan hasil dari kedai karikatur ni.semoga kedai karikatur ni terus berkembang.

Terima kasih atas kesudian menggunakan perkhidmatan kami.. Kena berusaha lebih keras lagi nih.

Tempahan di buka

October 19th, 2007

Pelukis karikatur kami telah berjaya menyiapkan tempahan yang di terima setakat ini, jadi tempahan karikatur di buka semula. Dapatkan karikatur ataupun avatar anda di www.karikatur4u.com.

Tempahan di tutup sehingga 16 Oktober 2007

September 29th, 2007

Oleh kerana kami menerima tempahan yang agak memberangsangkan setakat ini, kami terpaksa menutup tempahan karikatur sehingga 16 Oktober 2007. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Harap maklum.

Karikatur ramai-ramai

September 22nd, 2007

Pernah tak mengalami keadaan yang mana terfikir-fikir hadiah apa yang sesuai untuk rakan-rakan setempat kerja anda apabila anda akan bertukar tempat kerja. Apa kata anda hadiahkan kepada mereka karikatur mereka semua di dalam satu gambar. Menarik bukan. Dengan adanya muka karikatur anda di kalangan mereka, akan membuat mereka semua ingat anda apabila melihat gambar karikatur itu. Pihak kami ada menyediakan diskaun sebanyak 10% untuk mereka yang menempah karikatur untuk 5 orang dan ke atas. Berikut contoh karikatur yang pernah kami lakarkan untuk seorang pelanggan kami hadiahkan kepada rakan setempat kerjanya.

Rakan se ofis

Karikatur Transformers

September 4th, 2007

Sebelum ini ketika musim filem spiderman, kami mendapat tempahan untuk melukis karikatur gaya spiderman. Kali ini, sesuai dengan musim filem transformers yang hangat di perkatakan pada bulan ogos yang lepas, kami mendapat tempahan karikatur gaya transfomers.

Kartun transformers

Terima kasih kerana sudi membuat tempahan dengan pihak kami.

Tempahan di buka

August 31st, 2007

Pelukis karikatur kami telah berjaya menyiapkan tempahan yang di terima setakat ini, jadi tempahan karikatur di buka semula. Dapatkan karikatur ataupun avatar anda di www.karikatur4u.com.

Tempahan di tutup sehingga 31 Ogos 2007

August 10th, 2007

Oleh kerana kami menerima tempahan yang agak memberangsangkan setakat ini, kami terpaksa menutup tempahan karikatur sehingga 31 Ogos 2007. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Harap maklum.

Karikatur untuk kad kahwin Cik Hidayah

August 2nd, 2007

Salah seorang pelanggan kami, Cik Hidayah yang ingin mengabadikan karikatur mereka dalam kad undangan perkahwinan. menarik juga kan rekaan kad kahwin menggunakan karikatur sendiri. Boleh cipta kelainan dan keunikan pada hari istimewa dalam seumur hidup..

karikatur kad kahwin

komen Cik Hidayah

Aiseh,bila tgk karikatur muka saya lebih cantik dr org asal,hehe..terima kasih byk2..saya&tunang puas hati dgn gmbr tersebut.excited nak bg org lain tgk nanti :)tahniah & slmt berjaya utk kalian ye :)

Untuk pasangan-pasangan yang ingin berkahwin, bolehlah fikirkan untuk letak karikatur dalam kad kahwin anda yer..:-)

Karikatur pakaian orang arab

July 31st, 2007

Sejak akhir-akhir ini alhamdulillah kami banyak juga menerima tempahan karikatur untuk perkahwinan. Salah satunya karikatur di bawah ini. Puan Siti Mariam dari Singapura yang inginkan Karikatur berkonsepkan ala-ala pakaian orang arab. Emm, menarik gak yer karikatur untuk kad-kad kahwin ker kan.

pakaian orang arab